Berita Semasa

Malaysia-China bincang guna teknologi direct-to-cell, atasi masalah liputan internet

BEIJING – Malaysia dan China membincangkan mengenai teknologi ‘direct-to-cell’ melibatkan satelit orbit rendah bumi (LEO) yang mampu mengatasi masalah liputan internet di kawasan terpencil.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu dilakukan ketika mengadakan perbincangan bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong semasa lawatan kerjanya ke China hari ini.

“Teknologi direct-to-cell melibatkan LEO dilihat mampu membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil serta kawasan yang tiada sambungan internet.

“Di Malaysia setakat ini sebanyak 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara, dengan tahap liputan 81.9 peratus di kawasan berpenduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bertemu Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong semasa lawatan kerjanya ke China hari ini.

Menurut Fahmi, dalam perbincangan itu pelbagai perkara turut boleh dipelajari Malaysia memandangkan China telah berjaya menyediakan perkhidmatan 5G meliputi lebih 90 peratus bagi kawasan berpenduduk.

“Kedua-dua pihak membangkitkan sejumlah perkara termasuk status pelaksanaan rangkaian 5G di China dan Malaysia, cabaran dihadapi serta beberapa penambahbaikan atau dapatan yang boleh kita pelajari antara satu sama lain.

“Di China, pelaksanaan 5G kini sudah meliputi lebih 90 peratus bagi kawasan berpenduduk dan boleh dijadikan contoh untuk Malaysia dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan terutama di kawasan pedalaman.

“Salah satu cabaran yang kita hadapi di Malaysia ialah masalah pemasangan fiber sebagai “backhaul” bagi kawasan terpencil, luar bandar, pulau dan bukit-bukau,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button