Berita Semasa

Ibu kepada pelajar MRSM Terendak maut dilanggar lori

KUALA LUMPUR – Lawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, melaka diselebungi kesedihan apabila menerima berita duka apabila ibu kepada salah seorang pelajar institusi tersebut maut dilanggar lori petang tadi.

“Ketika saya melawat ke asrama putera MRSM Terendak tadi, terserempak dengan seorang pelajar tingkatan lima, Muhammad Adam Haris dari Jerantut, Pahang.

“Dia maklumkan baru sahaja dapat berita ibunya meninggal dunia dilanggar lori. Saya terus memeluknya bagi memberikannya semangat dan berkongsi rasa kesedihan atas berita yang cukup meruntun jiwa.

“Moga diberikan ketabahan kepada adik Adam dan Allah menempatkan roh ibunya di kalangan muttaqiin,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi memberikan kata-kata semangat kepada pelajar tingkatan lima MRSM Terendak, Muhammad Adam Haris yang menerima berita kemalangan maut melibatkan ibunya hari ini.

Terdahulu Asyraf Wajdi melakukan lawatan mengejut ke MRSM itu selepas 48 pelajarnya mengalami keracunan makanan sehingga enam orang pelajar terpaksa masuk ke wad kecemasan di Hospital Angkatan Tentera, Terendak, Melaka hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button