
JPN nafi beri bantuan MyKad RM700
PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan menyediakan sebarang bentuk bantuan wang tunai seperti yang tular dalam media social.
Menurut JPN dalam satu kenyataan, tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai yang dibuat oleh jabatan itu.
“Hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.
“Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, ia boleh disemak di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my),” katanya hari ini.
Dalam pada itu, JPN turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegini.
“Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my,” katanya.
Terdahulu tular dalam satu akaun TikTok yang menggunakan Malaysia.Madani.2024 mengenai pemberian bantuan MyKad RM700 fasa ketiga.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |