Berita Semasa

Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah baharu

PUTRAJAYA – Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan itu.

“Pelantikan beliau sebagai Menteri Darjah (Chancellor) bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” katanya hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button