Berita Semasa

Ketua Pengarah Maritim Malaysia rasmikan Program Kembara Akrab Madani

PUTRAJAYA – Program Aspirasi Budaya Kerja Siri 4: Kembara Akrab Madani anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2024 dirasmikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini hari ini.

Program tahunan itu melibatkan pelbagai agensi di bawah KDN bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara penjawat awam serta masyarakat setempat.

Rosli berkata, program itu membuka ruang kepada pegawai awam untuk berinteraksi dengan rakyat.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia rasmikan Program Kembara Akrab Madani

“Aktiviti-aktiviti yang disusun mampu menyemai nilai integriti, kerjasama, dan kasih sayang dalam komuniti.

“Ia bertujuan memperkasakan modal insan masyarakat tempatan melalui pendekatan psikologi serta meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kesejahteraan sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk taklimat keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), ceramah perdana Jiwa Merdeka oleh Pengerusi Akrab KDN, ceramah keagamaan, serta ceramah berkaitan integriti kerja. Selain itu, gotong-royong, sukaneka, dan pameran kesedaran dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga bakal diadakan.

Sebagai simbolik pelancaran program, Rosli turut menampal pelekat pada kenderaan jabatan yang menyertai konvoi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia rasmikan Program Kembara Akrab Madani

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Nik Kamaruddin Yunoh, serta wakil-wakil daripada KDN dan agensi-agensi di bawahnya.

Program itu merupakan edisi keempat Kembara Akrab Madani yang dianjurkan KDN, dengan matlamat memupuk semangat perpaduan serta kesejahteraan dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat setempat.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button