Berita SemasaDalam Negeri

4 beranak dipercayai tanam buku berkait Al-Arqam direman tiga hari

KOTA BHARU – Seorang bapa bersama tiga anak lelaki yang ditahan selepas dipercayai cuba melupuskan bahan bukti dengan menanam buku berkaitan Al-Arqam di Kampung Panji di sini Sabtu lalu, ditahan reman tiga hari untuk membantu siasatan.

Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman empat beranak berkenaan yang disyaki ahli GISB Holdings (GISBH).

Mereka berusia antara 15 hingga 48 tahun itu direman bermula hari ini hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan selepas dipercayai cuba melupuskan bahan bukti dengan menanam buku berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, lapor BH Online hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis melakukan serbuan di kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Sabtu lalu.

Menerusi operasi berkenaan, puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu dan lebih 30 individu termasuk isteri kedua CEO GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.

Terdahulu, empat beranak berkenaan tiba di mahkamah jam 8.45 pagi tadi dengan menaiki van polis. Difahamkan, empat beranak itu ditahan di Johor Bahru, Johor, semalam sebelum dibawa ke sini.

Keluarga berkenaan ditahan selepas dipercayai cuba melupuskan bahan bukti dengan menanam buku berkaitan Al-Arqam di Kampung Panji yang diserbu polis dan agensi penguat kuasa berkaitan lain pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan dan pemeriksaan di kediaman pemimpin serta pengikut GISB Holdings (GISBH) itu, puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu.

Show More

Related Articles

Back to top button