Berita SemasaDalam Negeri

Keputusan SPMU diketahui 1 Oktober ini

KUALA LUMPUR – Seramai 8,195 calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan mengetahui keputusan peperiksaan itu pada 1 Oktober ini, demikian dimaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini.

KPM berkata, keputusan boleh mula diperiksa bermula pukul 10 pagi secara dalam talian atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 1 Oktober 2024 sehingga pukul 6 petang pada 7 Oktober 2024.

“Keputusan juga boleh disemak secara SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 1 Oktober 2024 sehingga pukul 6 petang pada 7 Oktober 2024,” menurut kenyataan itu.

KPM juga mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button