Automatif & TeknologiBerita Semasa

Batik Air lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Jakarta bermula 1 Oktober

KUALA LUMPUR – Batik Air akan memulakan laluan baru menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), Jakarta, bermula 1 Oktober ini.

Laluan ini bakal memudahkan urusan perjalanan bagi penumpang perniagaan dan pelancong dengan penerbangan harian dari Penang ke Jakarta serta penerbangan pulang pada hari yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, laluan baharu itu akan meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia, sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap pilihan perjalanan yang lebih mudah.

“Kami gembira dapat menyediakan kemudahan lebih baik kepada pelancong dari Indonesia yang mencari rawatan perubatan di Pulau Pinang.

“Penerbangan terus ini menawarkan perjalanan yang lancar dan selesa tanpa perlu singgah di destinasi lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pramugari Batik Air

Pulau Pinang semakin dikenali sebagai destinasi utama pelancongan perubatan dengan pelbagai kemudahan kesihatan berkualiti tinggi.

Laluan baru itu juga dijangka meningkatkan jumlah pelawat Indonesia yang datang ke Pulau Pinang untuk rawatan perubatan dan percutian.

Selain perubatan, Pulau Pinang menawarkan pengalaman kebudayaan dan rekreasi yang unik.

Pelancong boleh meneroka George Town yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menikmati makanan jalanan yang terkenal, atau bersantai di pantai-pantai indah Batu Ferringhi.

Chandran berkata, Batik Air melihat potensi besar dalam laluan itu yang merekodkan lebih 160,000 pelancong dari Indonesia telah melawat Pulau Pinang pada tahun lali menjadikan Indonesia sebagai pasaran utama.

“Ramai daripada mereka adalah golongan profesional muda dan keluarga yang tertarik dengan warisan budaya, festival dan kepelbagaian kulinari di sini,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian tiket, sila layari laman rasmi Batik Air di www.batikair.com.

Show More

Related Articles

Back to top button