Berita Semasa

Lokman dilantik Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada Datuk Lokman Hakim Ali yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baharu.

Mohamed Khaled berkata, dengan pengalaman sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebelum ini, beliau mampu menyumbang kepada penambahbaikan kementerian itu.

“Saya percaya dengan pengalaman beliau menerajui beberapa kementerian sebelum ini membolehkan beliau menyumbang secara bermakna kepada kejayaan dan penambahbaikan kepada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Selamat datang dan selamat bertugas Datuk,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Lokman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) daripada University of Southern California pada tahun 1992.

Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan yang sama daripada Claremont Graduate University, California, Amerika Syarikat.

Show More

Related Articles

Back to top button