Berita Semasa

Situasi banjir di Pulau Pinang, Perlis pulih

Semua PPS ditutup

TASEK GELUGOR – Banjir di Pulau Pinang pulih sepenuhnya dengan penutupan lima lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir, menempatkan 259 orang, pagi tadi.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang menyebut, semua mangsa dari 72 keluarga yang ditempatkan di lima PPS di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), dan Seberang Perai Selatan (SPS) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Pemeriksaan dan pemantauan oleh pihak berkuasa mendapati banjir surut dan keadaan di tiga daerah tersebut pulih sepenuhnya. Mangsa dibenarkan pulang ke rumah pagi tadi,” menurut laporan itu.

Sehubungan itu, tiga PPS di SPU—Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora, SK Lahar Yooi, dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting—serta satu PPS di SPT (Sekolah Rendah Islam Maahad At Tarbiah Guar Jering) dan SPS (Dewan MPKK Sanglang) ditutup secara berperingkat sejak pagi tadi.

Sejak Selasa lalu, lebih 700 mangsa banjir di tiga daerah di Pulau Pinang dipindahkan ke 11 PPS selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat dan angin kuat, malah puluhan rumah rosak manakala ratusan pokok tumbang dalam kejadian angin kuat tersebut.

Sementara itu, situasi banjir di Perlis turut diumumkan pulih dengan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan Kangar dan Arau yang menempatkan 90 mangsa banjir setakat jam 8 pagi tadi ditutup sepenuhnya pada 12 tengah tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, semua mangsa itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.

Show More

Related Articles

Back to top button