Berita SemasaPM X

PM umum peruntukan tambahan RM13 juta untuk Kedah

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.

Tambah Anwar ketika mengumumkan perkara itu, RM10 juta adalah peruntukan untuk sumbangan dan pembersihan di Kedah.

Manakala sebanyak RM3 juta lagi adalah peruntukan khas pembaikan infrastruktur pasca banjir di daerah Kota Setar.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan pemantauan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri turut mengingatkan supaya projek tebatan banjir tidak mengalami sebarang kelewatan.

“Apabila ada projek berjalan siap, ia boleh sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit (banjir),” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button