Luar Negara

‘Walkie talkie’ meletup ragut 20 nyawa, cederakan 450

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, manakala 450 yang lain cedera dalam insiden letupan alat komunikasi mudah alih iaitu walkie talkie di seluruh Lubnan.

Menurut laporan CNN yang memetik laporan Kementerian Kesihatan itu, kejadian berkenaan berlaku sehari selepas insiden letupan peranti milik pejuang Hezbulloh yang mengorbankan 12 nyawa serta mencederakan 2,800 orang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Eksekutif Hezbollah, Hashem Sefeiddine, dilaporkan berkata, pihaknya akan membalas serangan letupan itu.

“Serangan ini akan menerima hukuman balas, dan hukuman itu akan datang, Insya-Allah,” katanya semasa pengebumian pejuang Hezbollah.

Tambah Sefeiddine, Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah akan berkongsi pandangannya hari ini apabila “segala-galanya akan menjadi lebih jelas.”

“Kami akan berdepan dengan corak baharu dan konfrontasi baharu dengan musuh,” katanya.

Terdahulu, sumber keselamatan Lubnan mengesahkan, walkie-talkie berkenaan meletup sebahagiannya di dalam kereta dan ada yang dibawa oleh anggota Hezollah menaiki motosikal.

Bunyi letupan itu berlaku pada waktu sama dengan tempoh berkabung Hezbollah bagi sebahagian daripada mereka yang terbunuh dalam letupan alat kelui pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button