Berita SemasaJenayah & Mahkamah

21 termasuk 15 GRO ditahan dalam Ops Noda di Kepong

KUALA LUMPUR – Seramai 21 orang termasuk 15 orang pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan haram di Jalan Metro Perdana Barat 2, Taman Usahawan, Kepong, di sini.

Operasi pada pukul 1. 43 pagi Sabtu lalu itu dianggotai oleh pasukan polis dari Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pusat hiburan tanpa lesen sah itu didapati menggajikan pekerja warga asing sebagai GRO dan tiada permit kerja yang sah.

Katanya, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 21 hingg 44 tahun.

“Seramai 21 orang telah ditangkap iaitu seorang lelaki warga tempatan (penjaga premis), dua orang lelaki bukan warganegara (pekerja), tiga orang perempuan bukan warganegara dan 15 orang wanita bukan warganegara yang bekerja sebagai GRO,” katanya.

Dalam operasi itu, pihak Polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan di dalam serbuan tersebut seperti set karaoke, pembesar suara dan mikrofon.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP 1992), Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen.

“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Sentul untuk Tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Ops Noda dianggotai oleh tiga orang Pegawai Kanan dan 10 orang Pegawai Rendah Polis dari Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama enam orang Pegawai dan anggota Imigresen Kuala Lumpur.

 

Show More

Related Articles

Back to top button