Berita SemasaPolitik

Upah Cybertrooper: Rafizi akan saman Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan memulakan tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (WAF) atas tuduhan menyalahgunakan wang kerajaan mengupah cybertrooper.

Rafizi berkata, beliau telah meminta pasukan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yang membuat fitnah terbuka terhadapnya.

“Fitnah terbuka bahawa saya membela macai (iaitu saya membayar cybertrooper) (dan) saya menyeleweng duit kementerian membayar cybertrooper.

“Saya tidak pernah saman sesiapa, tetapi fitnah YB Machang ni adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini mengulang siar hantaran pengguna X yang mendakwa seorang individu dibayar dengan jumlah yang tinggi oleh Rafizi sehingga mengeluarkan kenyataan mempertahankan kerajaan.

“Semua ni macai belaan @rafiziramli. Sedapnya guna duit Kementerian buat kerja macai politik!,” tulisnya.

Show More

Related Articles

Back to top button