Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Tuduhan tidak berasas, GISBH akan ambil tindakan undang-undang

GISBH juga mengakui kes liwat berlaku tapi bukan pada skala besar

KUALA LUMPUR – Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang mengaitkan syarikatnya dengan aktiviti tidak bermoral dan menyalahi ajaran Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan peguam dan akan memulakan tindakan mengikut garis perundangan tidak lama lagi.

Beliau berkata, tindakan itu bertujuan menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepada syarikat dan kakitangan GISBH.

“Kenapa muncul pula cerita seperti ini (minum air kaki). Memang tak ada berlaku dalam jemaah sejak 44 tahun dahulu. Seolah-olah apa yang difitnahkan 30 tahun lalu (Al-Arqam) muncul semula.

“Kalau betul semua tuduhan itu, dalam 30 tahun itu pun tunjukkanlah bukti yang ada,” katanya dalam rakaman video disiarkan Facebook GISBH hari ini.

Nasiruddin berkata, apa yang paling mengecewakan pihaknya adalah tuduhan terdapat anak-kanak di rumah amal GISBH yang diajar meliwat sehingga berlaku serbuan di rumah amal.

“Akhirnya berlaku tangkapan sehingga 400 orang, keluar isu liwat dan mengajar liwat. Sangat pelik dan jijik.

“Saya tidak nafikan memang ada kejadian liwat berlaku satu dua kes tapi tidak patut dirangkumkan semuanya,” katanya.

Lebih menyedihkan dakwanya, akaun-akaun milik syarikatnya kini sudah mula disita.

“Saya cakap ini semua berlaku bukan sahaja nak mengada-adakan cerita,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak pernah menyalahkan pihak berkuasa dalam pendedahan yang dilakukan tetapi kecewa kerana pihaknya tidak diajak berunding terlebih dahulu.

“Semua perkara ini berlaku terlalu pantas, dengan pelbagai isu yang tidak masuk akal seperti minum air bulu kaki, pemerdagangan manusia dan eksploitasi kanak-kanak.

“Tidak dinafikan ada perkara yang kami tidak patuh dari segi perundangan.

Rabu lalu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun menerusi Op Global, selepas disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan.

Katanya, serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu melibatkan kes diliwat dan diajar meliwat.

Show More

Related Articles

Back to top button