Berita SemasaPolitik

Teresa Kok minta Jakim buat penjelasan isu pensijilan halal

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh menyifatkan kemelut berhubung isu pensijilan halal berlaku kerana salah faham melibatkan pelbagai pihak.

Justeru Naib Presiden DAP itu berharap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat membuat penjelasan mengenai isu itu.

Teresa dalam kenyataan di Faceooknya berkata, beliau bertemu dengan pihak semasa mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen semalam.

Antara yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee serta Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik.

“Kebetulan pengurusan tinggi Halal Development Corporation (HDC) dan JAKIM dijemput memberi pembentangan tentang usaha mereka untuk mempromosi pensijilan halal.

“Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah-faham daripada pelbagai pihak. Saya rasa adalah lebih baik bagi JAKIM untuk memberi penjelasan mengenai isu ini,” katanya.

Jakim dan HDC pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen semalam.

 

Teresa berkata, sebelum itu Dr Sirajuddin hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kontroversi pensijilan halal yang melibatkan beliau dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd Nai’am Mokhtar.

Khamis lalu, Mohd Na’im berkata, Jakim sedang mengkaji cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan termasuk milik bukan Islam memiliki sijil halal.

Sehari kemudian Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Show More

Related Articles

Back to top button