Berita Semasa

E-Perkasa SPM 2024: Pelajar, waris warga ATM terima chromebook

PENGKALAN CHEPA – Pelajar dan waris warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Markas 8 Briged, Pengkalan Chepa, menerima chromebook menerusi Program e-Perkasa SPM 2024.

Pemberian chromebook tersebut merupakan hasil inisiatif Yayasan Lembaga Angkatan Tabung Tentera (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

YLTAT dalam satu kenyataan berkata, menerusi inisiatif Program e-Perkasa SPM 2024, setiap pelajar anak warga ATM yang bersekolah di luar kem akan dibekalkan chromebook.

“Ia adalah bagi memudahkan mereka mengikuti tuisyen dalam talian yang akan dikendalikan oleh guru dan mentor daripada UPSI,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pada 30 Ogos lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melancarkan Program e-Perkasa SPM.

Katanya, pelancaran program tersebut merupakan bukti komitmen YLTAT bersama UPSI dalam memperkasa pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Program rintis itu bakal memberi manfaat kepada seramai lebih 800 orang anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem seluruh negara sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024.

“Program ini berasaskan konsep mentor-mentee dengan menggunakan platform digital seperti Google Meet dan Youtube Live pengukuhan kefahaman selain memperkasa usaha pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara kedua-dua pihak,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button