Berita Semasa

LHDN terus laksana operasi pematuhan

Lancar Ops Minang, Jebat

AYER KEROH – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan terus melaksanakan operasi bagi meningkatkan kadar pematuhan secara sukarela serta mengurangkan pengelakan cukai dalam kalangan pembayar cukai dan sekaligus dapat meningkat kutipan secara keseluruhan.

Sehubungan itu, LHDN hari ini melancarkan Ops Minang dan Ops Jebat di Negeri Sembilan dan Melaka, bagi melakukan audit serta serahan surat saman yang melibatkan seksyen audit cukai, pungutan, undang-undang serta lain-lain seksyen yang terlibat secara tidak langsung.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Hisham Rusli, operasi ini disertai seramai 197 pegawai iaitu 102 dari LHDN Melaka, manakala selebihnya dari LHDN Negeri Sembilan

“Persediaan awal operasi telah mengenalpasti sejumlah 258 kes di Negeri Sembilan dan 327 kes di Melaka untuk dilawati pada kali ini.

“…melibatkan aktiviti pengauditan terhadap pelbagai industri yang berpotensi dan telah dikenalpasti seperti pemaju hartanah, kontraktor pembinaan dan kontraktor am, kejuruteraan kapal, pembuatan dan jual tekstil, sektor pendidikan, penyediaan perkhidmataan professional, pembuatan dan pemprosesan, pengilangan, perubatan dan pertanian,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelepasan anggota operasi tersebut, hari ini.

Beliau turut berkata, operasi hari ini merupakan kesinambungan daripada beberapa operasi yang diadakan sebelum ini iaitu antaranya Ops Hidang, Ops Borneo, Ops Zapin, Ops Gading dan Ops Labuan yang telah diadakan diseluruh negara.

“Selain itu, operasi ini juga dapat menjadi wadah membantu dalam memantapkan lagi pengetahuan audit dan teknikal dikalangan pegawai-pegawai yang terlibat,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button