Berita Semasa

GISB nafi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja

KUALA LUMPUR – Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd menafikan tuduhan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Menurut GISB dalam satu kenyataan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.

“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISB.

“Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pihaknya juga bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini.

“Akhir sekali, kami berdoa kepada Allah SWT agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan, mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam membina masyarakat Madani seperti yang dicita-citakan oleh pimpinan negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button