Sukan

Azizulhasni umum jadi penasihat prestasi?

KUALA LUMPUR – Bintang basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang ingin meneruskan kariernya sebagai penasihat prestasi selepas memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam temasya Olimpik Los Angeles 2028.

Berita itu disampaikan Azizulhasni dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosialnya hari ini, yang turut disertakan dengan butiran diri seperti kelebihan dan pengalamannya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, perkongsian Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman mendapat sokongan rata-rata pengguna media sosial.

“Alhamdulillah semoga Allah kurniakan rezeki melimpah, selamat maju jaya, hope all is well buat Datuk Azizulhasni,” ujar Mohd Nasir.

“Semoga maju jaya Datuk Azizulhasni, terus berjaya dalam apa juga bidang diceburi,” kata Hanis Jalil.

Pada temasya Olimpik Paris lalu, Azizulhasni tersingkir dalam acara keirin kerana dibatalkan penyertaannya selepas dikatakan memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek perlumbaan.

Walaubagaimanapun, peminat sukan tempatan tidak menyalahkan atlet berusia 36 tahun itu, memandangkan beliau telah mengharumkan nama Malaysia sepanjang bergelar atlet basikal trek negara.

Antara kejayaan yang berjaya dirangkul termasuklah pingat perak acara keirin pada Olimpik Tokyo 2020 serta emas dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong (2017).

Show More

Related Articles

Back to top button