Automatif & TeknologiBerita Semasa

Yuran langganan Canva dijangka naik 300 peratus tahun depan

KUALA LUMPUR – Kadar langganan platform reka bentuk digital paling popular Canva dijangka meroket pada tahun depan dengan kenaikan sehingga 300 peratus susulan perluasan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatannya.

The Verge melaporkan, peningkatan mendadak caj langganan perkhidmatan bergantung kepada pelan itu menjanjikan pengalaman kreativiti dan AI yang jauh lebih baik dari yang ditawarkan kini.

Bagaimanapun berita itu mengejutkan pengguna terutama dalam kalangan pelanggan berkumpulan pengguna Canva di Amerika Syarikat melaporkan peningkatan yuran langganan dari AS$120 (RM524) setahun kepada AS$500 (RM2,184) setahun.

Tawaran diskaun pula ditawarkan sebanyak AS$200 kepada pengguna untuk langganan 12 bulan pertama.

Di Australia, yuran asas AUS$39.99 (RM116.25 ) sebulan untuk lima pengguna ditukar kepada AUS$13.50 (RM39.24) untuk langganan individu.

Ini bermakna pasukan yang terdiri daripada lima orang akan membayar sekurang-kurangnya kenaikan sebanyak 68 peratus tanpa sebarang diskaun.

Sehingga kini, Canva masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi atau memaparkan senarai penuh harga baharu di laman web mereka.

Pada April lalu, Canva secara senyap telah menukar harga pelan langganan kepada AS$10 (RM43.68) untuk kegunaan tiga pengguna.

Peneraju Komunikasi Canva, Louisa Green berkata, pengguna sedia ada turut dipindahkan ke struktur pelan baharu itu pada September untuk menyesuaikan dengan nilai produk ditawarkan.

Canva yang menjadi alternatif lebih murah kepada perisian reka bentuk Adobe sejak 2022 kini mempunyai kira-kira 130 juta pengguna di seluruh dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button