Berita SemasaPM X

Dasar Malaysia jelas, jalin hubungan dengan Barat dan Timur

KUALA LUMPUR – Dasar luar negara Malaysia adalah jelas iaitu menjalin hubungan dengan dunia Barat dan Timur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini juga selaras dengan pendirian yang diambil oleh negara jiran serantau Malaysia.

“Kita terus menjalin hubungan dengan (dunia) Barat dan Timur.

“Kita menjemput dan mengambil mendapat manfaat daripada pelaburan dari Amerika Syarikat dan Eropah, dan dalam masa yang sama, turut mengiktiraf perkembangan menakjubkan yang berlaku dalam geopolitik dan daya saing ekonomi China,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Usahawan Cina Sedunia ke-17 (WCEC), di sini hari ini.

Perdana Menteri menambah, hubungan yang lebih kukuh dan hubungan strategik yang komprehensif antara Malaysia dan China bukan sahaja akan membantu negara tetapi juga rantau ini.

“Kita akan terus mengamalkan dasar ini.

“China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah hampir AS$100 bilion (RM436 bilion),” katanya lagi.

Anwar kemudiannya menambah, lawatan kerja beliau baru-baru ini untuk bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok menyaksikan kerajaan mengambil pendirian yang sama untuk terus terlibat dalam perbincangan mengenai pelaburan perdagangan.

Show More

Related Articles

Back to top button