Sukan

Antony hampir sertai kelab Mourinho secara pinjaman dari United

LONDON – Antony dilaporkan mahu bermain di luar pasukan Manchester United secara
pinjaman bagi memulihkan kerjayanya semula.

Antony, 24, yang juga merupakan pemain sayap Brazil telah mengalami masa yang ‘sukar’ di Old Trafford sejak menyertai dari Ajax dengan bayaran £86 juta (RM490 juta) pada tahun 2022.

Lebih memeritkan, dia hanya bermain selama satu minit dalam aksi Liga Perdana pada musim ini dan mungkin menjadi pilihan utama skuad kendalian Erik ten Hag itu.

Pemain berusia 24 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan sepanjang musim panas, dengan beberapa kelab telah disebut-sebut berminat mendapatkan khidmatnya.

Menurut The Sun, Fenerbahce, yang diuruskan oleh bekas pengendali United, Jose Mourinho telah muncul sebagai pendahulu untuk mendapatkan Antony.

Laporan itu mendakwa Antony telah memaklumkan kepada United bahawa dia mahu pergi, dengan kelab itu bersedia untuk memudahkan perjanjian pinjaman.

Terdapat juga minat daripada bekas kelabnya Ajax, bersama pasukan di Sepanyol, Perancis dan Arab Saudi.

Namun, Fenerbahce dilihat sebagai pilihan memandangkan jendela perpindahan mereka dibuka sehingga Jumaat ini.

Sebagai rekod, Antony yang berada di bawah kontrak sehingga 2027 dipercayai mempunyai gaji sekitar £200,000 (RM1.3 juta) seminggu di Old Trafford.

Dalam 83 perlawanan, Antony yang ditandatangani atas arahan Ten Hag, hanya berjaya mencetak 11 gol untuk United.

Show More

Related Articles

Back to top button