Berita Semasa

Warga emas ditemukan rentung bersama mesin potong rumput

ARAU – Mayat seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun ditemukan dalam keadaan rentung berhampiran sebuah mesin pemotong rumput di kawasan laman sebuah rumah di Jalan Besar KM4, Jejawi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, mangsa yang merupakan pesara Telekom Malaysia itu ditemukan bersebelahan dengan mesin pemotong rumput yang juga terbakar.

“Siasatan awal mempercayai mangsa meninggal dunia akibat terkena sambaran api selepas mesin rumput yang digunakannya terbakar.

“Jarak mangsa yang ditemui oleh orang ramai dengan mesin rumput yang terbakar itu adalah sekitar dua meter sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, siasatan tidak menemukan sebarang kesan jenayah dan kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang memotong rumput.

Katanya, mayat mangsa yang sudah mula mengembung itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat.

Show More

Related Articles

Back to top button