Berita SemasaHiburanJenayah & Mahkamah

Hafiz, dua lagi dikenakan bon berkelakuan baik

CYBERJAYA – Penyanyi Hafiz Suip diperintahkan berkelakuan baik susulan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu.

Laporan portal Kosmo menyebut, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuching, Khamis lalu.

Hafiz, atau nama lengkapnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama, dikenakan bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.

Bulan lalu, tular satu video pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu menumbuk seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki tersebut membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan.

Individu itu turut menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di lokasi tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Perkara itu dikongsikan rakan Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud menerusi Facebook yang memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button