Politik

Terima atau tolak syarat draf MoU, Ahli Parlimen PN buat keputusan Isnin ini

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) akan membuat keputusan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak syarat draf Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan diberikan kerajaan.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua Ahli Parlimen PN akan bermesyuarat pada hari berkenaan bagi membuat keputusan.

“Kita tunggu perbincangan Isnin ini untuk menetapkan pendirian kerana mesyuarat membabitkan semua Ahli Parlimen PN.

“Kita harap mesyuarat berkenaan akan memperoleh keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui selepas program penyampaian hadiah Kota Bharu Half Marathon (KBHM), di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, PN mendedahkan beberapa syarat yang didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan untuk dipenuhi ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan seperti dituntut.

Difahamkan, terdapat tujuh syarat digariskan di bawah draf Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang diterima beliau pada 6 Ogos lalu.

Antara yang menjadi syarat adalah pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R).

Show More

Related Articles

Back to top button