Berita Semasa

Dakwaan MyKad boleh dimohon, dicetak di luar negara adalah palsu

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.

Menurut JPN dalam satu kenyataan, dakwaan yang tular bahawa MyKad boleh dicetak di luar negara adalah tidak benar.

“Bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar
negara juga perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang,” katanya hari ini.

Dalam pada itu JPN turut mengingatkan
orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti
setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai
boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.

Terdahulu tular dakwaan dalam media sosiap bahawa seorang pemimpin kanan parti DAP merupakan dalang projek mencetak MyKad di Kedutaaan Malaysia di China.

 

Show More

Related Articles

Back to top button