Berita SemasaHiburan

Linkin Park buat kemunculan semula

Tampilkan penyanyi wanita

LOS ANGELES – Setelah tujuh tahun menyepi, kumpulan nu-metal Linkin Park kini muncul dengan album baharu dengan menampilkan penyanyi baharu, Emily Armstrong.

Armstrong dipilih sebagai pelantun utama kumpulan tersebut setelah kematian Chester Bennington pada 2017.

Dalam majlis pengumuman yang diadakan malam tadi dan disiarkan secara langsung menerusi Youtube dan Instagram, Armstrong turut menyanyikan lagu baharu, The Emptiness Machine yang bakal dimuatkan dalam album terkini kumpulan tersebut, From Zero yang dijangka akan dikeluarkan pada 15 November nanti.

Selain itu, para penonton turut dihiburkan dengan lagu hits terdahulu seperti Somewhere I Belong dan Crawling.

Selain pelantun suara baharu, Linkin Park turut menamakanCollin Brittain sebagai pemain dram, dan pada masa yang sama mempersembahkan logo baharu kumpulan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button