
CBP dalam proses terbitkan sukuk bernilai RM5.0 bilion
Strategi stabilkan kos kewangan
KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) akan menerbitkan program Structured Covered Sukuk bernilai RM5.0 bilion sebagai salah satu usahanya untuk mempelbagaikan sumber pendanaan CBP bagi tujuan pembiayaan asetnya dan menyokong operasi keseluruhan CBP.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, penerbitan sukuk ini merupakan salah satu strategi CBP bagi memastikan kestabilan kos kewangannya.
“(Bagaimanapun) Penerbitan Sukuk (ini) masih dalam proses dan perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia CBP serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, CBP telah menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) yang mana secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pelabur berpotensi terhadap kekuatan profil CBP dan seterusnya membuka peluang kepada CBP mendapatkan Issuance Rating yang baik dari RAM Rating untuk proses penerbitan Sukuk ini.
Khairil Anuar turut menyentuh mengenai pencapaian kewangan CBP bagi tahun 2024 iaitu sehingga Julai 2024, 13 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan CBP adalah daripada pelaburan Sukuk.
Pada 2022, pelaburan Sukuk telah menyumbang sebanyak lapan peratus, manakala pada tahun berikutnya, meningkat kepada 10 peratus dengan jumlah aset pelaburan bernilai RM1.5 bilion.
“CBP mengambil manfaat atas keupayaan instrumen Sukuk iaitu telah menjadikan portfolio Sukuk yang aktif sebagai aset pelaburan CBP dan Sukuk akan dijadikan salah satu sumber pendanaan untuk pengembangan aset perniagaan CBP,” katanya lagi.
Selain itu, Khairil Anuar turut memaklumkan kadar dividen bagi syer biasa sebanyak 6.5 peratus dan syer keutamaan boleh tukar boleh tebus Islam (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 seperti yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang lepas.
Dalam mempromosikan CBP kepada masyarakat, Khairil Anuar berkata, pihaknya turut mengadakan kempen tahunan ‘Hello CBP’ yang sedang berjalan sehingga 31 Disember 2024 yang mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1.5 juta.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |