Berita Semasa

Poster pesawah diminta berjimat cermat guna baja bagi bantu kerajaan palsu

PUTRAJAYA – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan “Pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan” seperti yang ditularkan dalam satu poster.

Menurutnya, poster yang dibuat itu adalah palsu.

“Laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran palsu dan tidak benar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular poster tersebut yang menggunakan keratan surat khabar utama untuk membuat hantaran palsu.

Show More

Related Articles

Back to top button