Berita SemasaBisnes & Ekonomi

LHDN umum garis panduan baharu bagi kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan pengeluaran garis panduan baharu bagi kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) pada 20 Ogos lalu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, garis panduan ini akan berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2024 dan akan menggantikan dua garis panduan terdahulu yang dikeluarkan pada 30 Januari 2020 serta 15 Julai 2020.

“Perubahan itu akan memberi kesan kepada mana-mana institusi, organisasi atau tabung (IOT) yang ingin memohon kelulusan atau yang telah diberikan kelulusan di bawah subseksyen tersebut.

“Bagi IOT seperti sekolah, rumah ibadat, atau program pendidikan sukan, garis panduan itu menjadi rujukan utama untuk memohon kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, LHDN turut mengingatkan bahawa dengan pindaan subsubperenggan 13(1)(a) Jadual 6 ACP yang turut berkuat kuasa pada TT 2024, IOT yang gagal mematuhi syarat dan tanggungjawab yang ditetapkan tidak akan menikmati pengecualian cukai pendapatan.

“Kegagalan mematuhi peraturan ini juga boleh mengakibatkan kelulusan ditarik balik oleh KPHDN pada bila-bila masa,” katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan ini di laman web rasmi http://www.hasil.gov.my atau melalui https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Show More

Related Articles

Back to top button