PM X

Pimpinan politik tidak perlu campur tangan perniagaan, perdagangan syarikat strategik negara – PM

KUALA LUMPUR – Pimpinan politik seharusnya tidak campur tangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan yang membabitkan syarikat strategik negara termasuk Khazanah Nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi syarikat tidak harus tergugat sehingga terpaksa menanggung kerugian besar.

“Seperti mana pernah dialami syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sebelum ini (yang menanggung kerugian besar),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri telah menyampaikan amanat sewaktu Majlis Ulangtahun Khazanah Nasional Berhad Ke-30 yang mengumpulkan warga Khazanah terdahulu sehingga kini, di sini semalam.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa syarikat-syarikat swasta digesa untuk mencontohi langkah Khazanah Nasional Bhd yang menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk pekerjanya.

“Sambil mengakui kepentingan syarikat swasta untuk mencatatkan keuntungan, namun pada masa sama, saya percaya harus ada iltizam daripada pihak pengurusan syarikat swasta untuk menjamin keselesaan pekerja mereka,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Khazanah kerana telah berikhtiar sebaik mungkin untuk memulihkan Malaysian Airlines.

“Kerajaan juga akan menyokong usaha ini agar syarikat penerbangan kebanggaan negara ini dijulang semula di mata dunia,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button