Automatif & TeknologiBerita Semasa

Pembangunan infrastruktur awam tingkat sektor pelancongan Selangor

PUCHONG – Sektor pelancongan negeri Selangor terus menunjukkan pertumbuhan positif melalui usaha proaktif dan pelbagai inisiatif menarik termasuk peningkatan pengangkutan awam yang memudahkan aksesibiliti kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, negeri Selangor terus menunjukkan pertumbuhan positif walaupun sektor pelancongan menghadapi cabaran global.

“Pembangunan infrastruktur pelancongan dan mobiliti adalah keutamaan termasuk peningkatan kemudahan pengangkutan awam yang dijangka akan meningkatkan aksesibiliti dan daya tarikan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Pertumbuhan pesat dalam sektor pelancongan turut memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan, dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat Selangor,” katanya pada satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta dan komuniti untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing.

“Selangor berkomitmen untuk memastikan setiap aspek pelancongan dan mobiliti mematuhi piawaian tertinggi, memberikan pengalaman terbaik kepada pelancong serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Sehubungan itu, Ng Sze Han menyeru semua pihak untuk menyokong inisiatif ini dan bersama-sama membangunkan negeri Selangor sebagai pusat pelancongan dan mobiliti yang unggul.

Show More

Related Articles

Back to top button