Sukan

Paralimpik Paris: Ziyad raih pingat perak, tambah koleksi pingat negara

PARIS – Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat perak di Sukan Paralimpik Paris, sebentar tadi.

Pada aksi final acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Stade de France itu, Ziyad merekodkan catatan terbaiknya pada percubaan ketiga dengan lontaran sejauh 17.18 meter (m).

Dalam pada itu atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang meraih emas selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.61m.

Pingat gangsa pula menjadi milik rakan senegaranya, Maksym Koval (16.99m).

Pingat perak yang dimenangi Ziyad adalah yang ketiga buat kontinjen Malaysia di Paris selepas jaguh badminton, Cheah Liek Hou menyumbang emas dalam kategori SU5 (kecacatan fizikal) dan atlet olahraga, Eddy Bernard merangkul gangsa acara 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal).

 

Show More

Related Articles

Back to top button