Berita Semasa

Maritim Malaysia Sarawak adakan latihan menembak

KUCHING – Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Sarawak melalui Unit Keselamatan menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak Senjata Kecil di Lapang Sasar Kem 11 RAMD Semenggo berakhir semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, latihan melibatkan 25 pegawai penguat kuasa daripada Maritim Negeri dan Zon itu bertujuan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan 3K pada pertengahan bulan ini.

“Latihan menembak yang dijalankan termasuk latihan ketepatan, tembakan piring dan rapid fire.

“Senjata yang digunakan dalam latihan kali ini ialah pistol Glock 19 dan CZ SP-01 Shadow.


“Program ini juga diharap dapat membina keyakinan diri semasa melakukan tembakan dalam pelbagai kedudukan serta halangan, membina disiplin yang tinggi semasa mengendalikan senjata api,” katanya dalam kenyataan di Facebook agensi itu.

APMM berkata, latihan itu bertujuan membantu membina disiplin tinggi, tanggungjawab, serta semangat kerjasama di kalangan pegawai.

Turut hadir adalah Leftenan Komander Maritim Muhammad Arif Awang dan Leftenan Komander Maritim Mohd Syathibi Helmi Mohd Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button