Sukan

Malaysia melangkah ke final tewaskan Filipina 2-1

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Malaysia bakal ke final bertemu Lubnan yang menewaskan juara bertahan Tajikistan 1-0 petang tadi.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia dilihat menguasai permainan di awal babak pertama dengan beberapa percubaan, namun ia masih tidak mencukupi untuk menembusi gawang Filipina.

Dalam kerancakkan Malaysia mencari gol awal, Filipina sebaliknya berjaya membuka tirai jaringan hasil sepakan Jefferson Tabinas yang terbias selepas terkena pemain Malaysia, Feroz Baharudin pada minit ke-27.

Tidak mahu ketinggalan, Malaysia melancarkan serangan bertali arus yang akhirnya membuahkan hasil selepas Syamer Kutty Abba menjaringkan pertama tuan rumah pada minit ke-43.

Malaysia selepas itu menambah derita pelawat dengan jaringan kedua hasil sepakan penalti yang diambil oleh Safawi Rasid.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button