Berita SemasaPM X

Kerajaan tubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan

Laksana reformasi perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Isu pertindihan fungsi dan tugasan antara badan berkanun akan dapat diselesaikan menerusi penubuhan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekretariat itu akan bertugas serta-merta dalam usaha kerajaan melaksanakan ‘reform’ membabitkan perkhidmatan awam.

“Saya sudah putuskan baru-baru ini untuk Kementerian Kewangan, mewakili kerajaan keseluruhannya membentuk jawatankuasa dua hala, jawatankuasa mengemaskini rasionalisasi badan berkanun.

“Badan berkanun itu terlalu banyak dan bertindih (fungsi), rasionalisasi maknanya kurangkan keterlanjuran dan belanja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam, Perdana Menteri menegaskan, kakitangan awam perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan ke tahap 95 peratus.

Untuk itu, katanya, semua penjawat awam perlu melakukan yang terbaik dalam membawa perubahan ke arah kebaikan dan tidak sekadar kekal di tahap sederhana.

Anwar turut mengarahkan langkah ‘reform’ yang dirancang dalam pentadbiran awam dilaksanakan dengan segera bagi memastikan semua usaha dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Show More

Related Articles

Back to top button