Berita Semasa

Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Mr. Dakgalbi bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia – Jakim

PUTRAJAYA – Premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan hari ini bagi menjawab surat tular mengenai pertanyaan status halal beberapa premis makanan.

Menurut kenyataan itu, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

“Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL Jakim, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang SPHM.

“Justeru, maklum balas yang disediakan olen iabatan telan dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia juga mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah

“Jabatan telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 pukul 11.36 malam iaitu hari sama diberi maklum balas atas pertanyaan diajukan.

“Untuk makluman pengguna, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/vl/index.php,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button