Berita Semasa

Pesawat MAS ke Korea berpatah semula di KLIA

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan ke Seoul, Korea Selatan, dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Menurut Flightradar24, pesawat A330-323 (MH66) yang berlepas ke Seoul pada pukul 11.50 malam tadi berpatah balik dan mendarat dengan selamat di KLIA pada pukul 12.43 pagi tadi.

Kejadian itu merupakan yang kedua melibatkan pesawat MAS selepas kejadian dua minggu lalu apabila pesawat A330-300 dari Melbourne ke Kuala Lumpur membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Alice Springs (ASP) di wilayah tengah Australia selepas mengalami masalah berkaitan enjin.

Pada 4 Ogos lalu, penerbangan Malaysia Airlines juga terlibat dalam pendaratan cemas di KLIA melibatkan penerbangan Malaysia Airlines menuju ke Jeddah.

Pada 24 Jun, sebuah penerbangan ke Bangkok juga berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara.

Pada 20 Jun, sebuah penerbangan Malaysia Airlines dengan lebih daripada 100 penumpang menuju ke Kuala Lumpur membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Hyderabad, India, disebabkan masalah enjin.

Sebelum ini Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengurangkan tempoh pembaharuan sijil perakuan pengendali udara (AOC) Malaysia Airlines daripada tiga tahun kepada satu tahun.

Show More

Related Articles

Back to top button