Berita Semasa

Pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari Gunung Kinabalu

RANAU – Seorang pendaki wanita dilaporkan meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu, Kundasang, semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib, mangsa warga tempatan berusia 54 tahun dilaporkan mengalami kesejukan dan lemah di kilometer lapan, Gunung Kinabalu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.24 pagi.

“Mangsa kemudian dibawa ke ‘Sick Bay Panalaban’ untuk rawatan lanjut termasuk bantuan lanjut oksigen dan memberi bantuan pernafasan (CPR) dengan bantuan bantuan menggunakan Automated External Defibrillator (AED).

“Bagaimanapun, mangsa masih tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian diusung turun ke Timpohon Gate oleh pasukan MoSAR, TTS dan Malim Gunung,” katanya semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa seterusnya mendapat pemeriksaan daripada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia.

“Jasad mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 8.35 malam,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button