Politik

Walau jadi PM, hormat saya pada presiden atasi segalanya – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perasaan hormat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah hilang walaupun dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, sebagai orang yang berada di kedudukan nombor tiga dalam parti, beliau sangat menghormati Ahmad Zahid yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya sebenarnya tidak ada apa-apa masalah dengan UMNO, dengan Datuk Seri Zahid sebagai presiden pun, saya tidak ada masalah dengan dia dan saya respect dia. Dia sebagai presiden parti saya, like it or not, dia adalah presiden parti saya, saya nombor tiga, mesti saya hormat dia.

“Punya saya nak jaga hati mereka ini, waktu saya jadi Menteri Pertahanan, saya ada rider, saya ada escort, polis escort, waktu saya jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM), PM maksimum penuh. Berpuluh-puluh orang jadi UTK saya, pengiring saya dan juga polis kereta … sampai 3 motor, dua kereta something like that.

“Kerana nak jaga hati mereka, saya tak pernah minta bila mesyuarat majlis tertinggi (MT) dan sebagainya, drop saya kat tingkat empat. Sebab kalau drop saya kat tingkat empat, orang akan tengok presiden dengan bunyi siren dan sebagainya, saya takut dia lagi tersentuh, terasa hati, jadi saya mesti masuk tingkat 3, kalau siapa ingat, car park surau, saya baru naik atas. Jadi polis tak boleh nampak, polis tak boleh buka siren,” katanya dalam episod baharu audio siar Keluar Sekejap.

Rancangan itu dihoskan bekas menteri UMNO, Khairy Jamaluddin dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menafikan wujud ketegangan antara beliau dan Ahmad Zahid ketika pentadbirannya, sebaliknya mengakui lebih kerap berjumpa presiden partinya itu di luar Perdana Putra, pejabat rasminya di Putrajaya.

“Masa saya dah jadi PM… saya boleh saja kata, ‘Tok jumpa saya dekat ofis’ tetapi saya tak buat begitu. Saya yang pergi ke Yayasan Akal Budi di Country Heights, Kajang.

“Masuk saja kawasan situ, tutup semua lampu dan siren polis… polis (pengiring) ramai-ramai duduk jauh sedikit dan hanya satu kereta saya saja masuk dalam tu.. (ini semua) sebab nak jaga hati presiden, katanya.

Mengulas pelantikannya sebagai PM kesembilan, Ismail mengakui ia berlaku tanpa dirancang.

“Betul, ia berlaku tak dirancang, tak diduga. Bila kita dah tarik sokongan terhadap Muhyiddin, siapa seterusnya (jadi PM)? Saya bernasib baik sebab saya jadi TPM masa tu… 42 hari saya jadi TPM, tiba-tiba ada kekosongan jawatan perdana menteri.

“Dari segi hierarki betullah saya dilantik sebab saya dah jadi TPM masa tu, bagi saya dia lantik saya kerana dia tak ada pilihan sebab saya TPM.

“Macam Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu, bila Tun M (Dr Mahathir Mohamad) berhenti serah pada Pak Lah sebab waktu tu dia jadi TPM, katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button