PolitikSukan

Nik Nazmi tarik diri bertanding Presiden KLFA

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Keputusan itu dibuat susulan arahan Kabinet yang memutuskan agar anggota pentadbiran kerajaan tidak terlibat dalam perjawatan persatuan sukan.

Nik Nazmi berkata, beliau dengan hati terbuka menerima keputusan Kabinet dan dengan itu menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA.

“Saya akan terus komited menyokong KLFA dalam membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Nik Nazmi juga menegaskan bahawa beliau akan terus memberi sokongan kepada Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers, yang diasaskannya pada tahun 2018 dan merupakan salah satu kelab gabungan KLFA.

“Saya akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers,” katanya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button