Jenayah & Mahkamah

Mayat lelaki Indonesia ditemukan rentung dekat KTM Serdang

SERDANG – Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan terbakar di dalam semak selepas terowong pusingan U dekat stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita Melayu pada pukul 11.45 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis, bomba, unit forensik dan pegawai perubatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Siastan awal mendapati terdapat dokumen peribadi milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Udikalifan berusia 43 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pemeriksaan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terbakar namun tidak rentung sepenuhnya.

Ujarnya, mayat kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button