Berita Semasa

Jurutera JPS Kelantan sudah ditemui

KOTA BHARU – Seorang jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan yang dilaporkan hilang sejak 16 Ogos lalu ditemukan selamat.

Isteri kepada Faizal Ahmad, 39, Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, membuat pengesahan itu melalui aplikasi WhatsApp kepada Berita Harian pada pukul 12.52 tengah malam tadi.

Nurul Ain bagaimanapun memaklumkan tidak dapat berkongsikan punca kejadian itu berlaku atas sebab peribadi.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Malaysia dan pihak media yang membuat hebahan pencarian suami saya sehingga berjaya ditemukan.

“Dia telah ditemui dengan selamat dan semua jasa kalian amat saya harga. Laporan mengenai kejadian telah dibuat kepada pihak polis,” katanya.

Semalam, media melaporkan kehilangan Faizal yang tidak pulang ke rumah sejak 10 hari lalu.

Faizal sebelum itu dikatakan memberitahu isterinya bahawa dia perlu bekerja di luar kawasan dan akan pulang dalam tempoh 2 hingga 3 hari bekerja.

Show More

Related Articles

Back to top button