Berita SemasaJenayah & Mahkamah

DBKL, JIM gempur Jalan Petaling, Bukit Bintang

KUALA LUMPUR – Lapan penjaja di kawasan perniagaan Jalan Petaling (Petaling Street) dan Bukit Bintang dikenakan tindakan sita manakala 16 warga asing ditahan bagi dalam operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala (DBKL) bersama Jabatan Imigresen (JIM) kelmarin.

DBKL dalam kenyataannya hari ini berkata, operasi oleh Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan JIM itu menyita serta merta aset dimiliki oleh lapan penjaja di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Manakala 16 orang warga asing ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur bagi tujuan semakan dokumentasi.

“Kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti,” katanya.

Sebarang aduan mengenai salah laku boleh disalurkan kepada https://adukl.dbkl.gov.my/

Show More

Related Articles

Back to top button