Berita SemasaSukan

Bekas jurulatih England meninggal dunia

STOCKHOLM – Jurulatih warga Sweden, Sven-Goran Eriksson yang menjadi warga asing pertama melatih pasukan kebangsaan England, meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun, kata ejennya.

Eriksson, seorang jurulatih karismatik yang sebelum itu telah berjaya memimpin kelab-kelab bola sepak Sweden, Portugal, dan Itali untuk memenangi pelbagai trofi utama liga di Eropah pada tahun 1980-an dan 1990-an sebelum mengambil alih tugas sebagai pengurus England pada tahun 2001, mengumumkan awal tahun ini bahawa dia menghidap kanser pankreas.

Ejennya, Bo Gustavsson, memberitahu Reuters bahawa mendiang meninggal dunia pagi tadi (waktu tempatan).

Ketika Eriksson melatih England, pasukan the Three Lions itu berjaya ke ke suku akhir Piala Dunia 2002 dan 2006, serta Kejohanan Eropah 2004.

Show More

Related Articles

Back to top button