Berita SemasaSukan

Sze Fei-Nur Izzuddin benam juara dunia, raih gelaran beregu Terbuka Jepun

Tamatkan 'kemarau' 22 tahun

YOKOHAMA – Pasangan beregu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun apabila memenangi kejuaraan acara beregu lelaki Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Yokohama Arena sebentar tadi, pasangan No.12 dunia itu menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan kemenangan straight set 21-19, 21-15.

Kali terakhir Malaysia memenangi acara ini adalah menerusi pasangan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng pada 2002.

Biarpun turun dengan status bukan pilihan, namun Sze Fei-Izzuddin mempamerkan aksi cukup baik sejak set pertama lagi apabila langsung tidak memberikan ruang buat pilihan ketiga kejohanan itu.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama pasangan beregu negara dalam tempoh hampir setahun selepas kali terakhir meraih gelaran pada kejohanan Abu Dhabi Masters yang berlangsung Oktober tahun lalu.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button