Bisnes & Ekonomi

SZBLOOMS tawar set pinggan mangkuk Portmeirion mampu milik

KAJANG – Jenama pinggan mangkuk mewah, Portmeirion kini boleh didapati dengan harga mampu milik sempena Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka anjuran SZBLOOMS.

Pengasas SZBLOOMS iaitu pengedar rasmi Portmeirion UK di Malaysia, Syanita Zur berkata, promosi itu adalah bagi meraikan pelbagai lapisan pengguna di negara ini sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

Menurut Syanita, promosi yang ditawarkan sejak 23 Ogos lalu hingga 1 September depan itu menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60 peratus untuk koleksi ekslusif Portmeirion.

“Sebelum ini Portmeirion hanya terkenal dikalangan mereka yang berstatus, namun jenama ini telah memperkenalkan siri ‘Portmeirion Home’ yang mampu milik dan sangat elegan. Koleksi 16 set ini hanya ditawarkan pada harga RM399 selepas potongan harga 60 peratus.

“Pinggan mangkuk ini merupakan simbol kasih yang akan menghiasi meja makan anda. Malah banyak kisah dan cerita yang menjadi memori akan dikongsikan bersama ketika di meja makan,” ujarnya.

Terdahulu, SZBLOOMS melancarkan Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka di SZBLOOMS cawangan Bandar Puteri Bangi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SZBLOOMS, Muhammad Mujaheed Mahfuz.

Turut hadir membuat penampilan istimewa, selebriti terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta.

Dalam majlis yang sama, Che Ta turut berkongsi pengalamannya sebagai pengguna jenama Portmeirion dalam perhiasan di rumah dan meja makan.

Che Ta berkata, harga yang ditawarkan bagi jenama tersebut adalah sangat berbaloi memandangkan umum mengetahui reputasi dan kualiti jenama pinggan mangkuk itu yang terbukti tinggi.

“Harga yang ditawarkan jenama ini sangat berbaloi kerana ia bukan pakai buang. Malah boleh disimpan sehingga ke anak cucu. Seperti saya sendiri, ada beberapa set Portmeirion yang sudah 15 tahun digunakan.

“Bukan semua orang memiliki jenama ini dan sudah tentu apabila ada yang menjual pada harga tertentu, pasti ada pembelinya. Banyak pengumpul yang akan lengkapkan siri pinggan mangkuk mereka,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button