Berita Semasa

Tanah jerlus di Masjid India: Kejadian hampir sama pernah berlaku 2 bulan lalu – peniaga

KUALA LUMPUR – Satu kes yang hampir serupa dengan kejadian mendapan tanah yang melibatkan seorang wanita warga India di hadapan Masjid India semalam pernah berlaku kira-kira dua bulan lalu.

Menurut seorang peniaga di hadapan lokasi kejadian, Mahathir Mohamad, bagaimanapun dalam kejadian itu ia tidak melibatkan mangsa.

Mahathir Mohamad

“Dua bulan lalu pernah jadi kes hampir serupa berhampiran pondok polis yang terletak kira-kira 50 meter dari sini. Bagaimanapun ketika kejadian tiada mangsa yang terlibat,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Menurut Mahathir, peniaga di kawasan tersebut semenangnya sedia maklum dengan kejadian mendapan di sekitar kawasan tersebut dan keadaan menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, situasi hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu turut memburukkan lagi keadaan.

Sehubungan itu, dia meminta pihak berkenaan untuk memantau perkara itu supaya ia tidak berulang lagi.

Sementara itu, Mahathir turut meluahkan kebimbangan apabila peniaga berhampiran lokasi kejadian tidak dimaklumkan mengenai tahap keselamatan di kawasan itu.

Katanya, sejak semalam tiada pihak yang memaklumkan sama ada mereka masih boleh berniaga atau tidak.

“Semalam dan hari ini kami terpaksa tutup kedai walaupun tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa. Sebagai peniaga, walaupun berhadapan kerugian tahap keselamatan masih perlu diberikan keutamaan dan maklumkan kepada kami tindakan seterusnya,” luahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button