Sukan

JDT juara Piala FA, belasah Selangor FC 6-1

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketiga berturut-turut selepas menundukkan Selangor FC 6-1 pada aksi final sebentar tadi.

Kemenangan pada malam ini menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio merekodkan lima kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada 2016, 2022 dan 2023, 1998.

Lebih manis, kejayaan itu meletakkan JDT sebaris Selangor dan Kedah yang muncul pasukan paling banyak memenanginya dengan lima kali.

Beraksi di hadapan lebih 80,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, kedua-dua pasukan menampilkan aksi agresif di awal permainan.

Walaubagaimanapun, JDT yang turun selaku juara bertahan berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma yang diambil Juan Muniz pada minit ke-25

JDT kemudian meledak jaringan kedua menerusi tandukan pemain bintang mereka, Arif Aiman pada minit ke-41.

Memasuki babak kedua, Selangor cuba bangkit dengan asakan bertali arus ke arah gawang JDT dan berhasil menjaringkan gol pertama menerusi Alvin Fortes pada minit ke-59.

Tidak cukup dengan dua jaringan, JDT menambah derita Selangor dengan meledak tiga lagi gol menerusi Bergson Da Silva pada minit ke-62 dan Muniz yang berjaya mencetak hatrik (67, 89).

Heberty menutup malam gemilang JDT dengan jaringan keenam pada minit ke-76, sekali gus menutup harapan Selangor untuk mengejar kedudukan.

Show More

Related Articles

Back to top button